Terima kasih kerana meluangkan masa di blog saya untuk memilih status yang anda ikuti bagi memahami Islam..mungkin ia satu wasilah…mungkin juga itulah islam yang anda kenali..atau mungkin ianya status secara keseluruhan dari segi iktikad,amalan dan pemahaman anda dalam mengikuti agama Islam.Saya berasa terpanggil apabila ada dalam kalangan pembaca blog saya memberi pendapat yang dirinya sedkit pun tidak memahami apa yang saya maksudkan dengan status diatas..Kenapa salafi?kenapa khalafi?Bukankah kita dari kalangan ahlusunnah wal jama’ah yang bermazhab syafi’ie?Fikirannya berputar ligat memikirk
an status yang saya cadangkan untuk diundi…
Akhi shaghir,walaupun saya bukan daripada aliran agama,Alhamdulillah tuhan memberi kekuatan kepada saya untuk mengkaji tentang aliran-aliran pemikiran seperti yang saya katakan diatas..Saya maksudkan status kerana sesetengah pendokong fahaman serta aliran tersebut lebih suka untuk menggelarkan diri mereka dengan salafi,khalafi,sufi,syi’ah,liberal dan sebagainya.Sekalipun tidak,mereka pasti menyokong status yang mereka ikuti dan memahami Islam melalui jalan tersebut..(bagi pembaca yang masih baru mengetahui hal ini,dinasihatkan untuk mengikuti secara slow2…jangan tensyen…hehe).
Sebenarnya,aliran status yang saya maksudkan dalam undian itu berkait rapat dengan akidah kita seorang muslim.Apakah kita berakidah mengikut fahaman salaf,atau khalaf atau sufi atau pun syi’ah dan sebagainya.Saya tidak mengutarakan pegangan mazhab kerana perbincangan dalam mazhab lebih tertumpu kepada masalah fiqh.Persoalannya di sini ,pernahkah kita mengambil tahu dari manakah sumber akidah yang kita pegangi selama ini??jikalau anda tidak mengetahui bermakna anda ikut secara buta?sekalipun anda mengetahui tentang akidah yang anda pegangi,adakah ia sahih??sepertinya akidah para sahabat,tabi’in dan tabi’ut ttabi’in..saya masih ingat dalam hidup saya, peluang untuk mendalami akidah hanyalah wujud ketika mana saya berada di sekolah rendah mengikuti kelas fardhu ‘ain..perbincangan mengenai’nya amat-amat ringkas berkisar tentang sifat 20,sifat harus kepada nabi dan sewaktu dengannya..kita tidak pernah membincangkan tentang syirik,khurafat, serta dosa – dosa besar yang membuatkan amalan seseorang itu tidak di terima oleh Allah..lantas,di manakah kita…pabila di sebut tentang tauhid,maka terbayanglah sifat 20,pabila ditanya tentang pegangan ,maka tergambarlah ahlussunnah wal jama’ah…Adakah itu cukup untuk dijadikan tunjang akidah kita???
Ukhti ssaghir,musuh pada tauhid lawannya syirik.Secara logiknya,apabila kita tidak mengenal musuh kita,bagaimana hendak menghadapinya..Inilah persoalan besar yang berkait dengan status yang saya maksudkan dalam undian tersebut…sesetengah muslim berpegang kepada akidah syi’ah yang terang-terang jelas terpesong malah mensyirikkan Allah.mereka mengkafirkan sahabat,menyembah kubur,meminta pertolongan pada wali2 yang dianggap kudus..bukannya kepada Allah…Nah ini sahaja baru satu…nabi bersabda dalam hadis ibn majah bertaraf hasan..umat ini terpecah kepada 73 golongan..satu sahaja yang akan memasuki syurga…..tuntasnya…..adakah kita di kalangan mereka yang mendapat syurga?????
Pokoknya,kita harus mencari akidah yang saalim,yang suci,yang terpelihara daripada syirik dan kebida’ahan(pembaruan)..sepertinya akidah para sahabat, dan mereka yang berada di kurun yang terawal( salaf)..bak kata pepatah melayu,sesat dihujung jalan ,maka kembalilah kepada pangkalnya...jangan kembali kepada pangkal yang salah pula..siapa yang membawa agama Islam,dialah yang berhak menjadi tempat pulangnya kita semua…tidak lain dan tidak bukan ..akidah yang di bawa oleh nabi Muhammad Sallallauha’alaihi wasallam…bukan akidah yang di nisbatkan kepada kumpulan-kumpulan atau jama’ah tertentu yang didalamnya belum pasti terdapat kesahihan…
Satu lagi,jangan malu bertanya dan mengkaji untuk pulang ke pangkal yang benar agak tidak terpesong..bukan ahli agama sahaja yang harus memikirkan hal ini..malah seluruh umat Muhammad sebabnya ini persoalan syurga atau neraka…mana satu pilihan anda….??????????akidah yang sahih bakal membawa kita ke syurga..ya,akidah yang sahih juga akan menyelamatkan kita dari api neraka kerana Rasulullah akan memberi syafaat kepada mereka yang mempunyai akidah yang saalim walaupun di masukkan ke neraka….
Semestinya kita semua mengimpikan syurga,maka berusahalah untuk mencapainya dengan mengikuti lorong-lorong yang jelas lagi bersuluh dari sunnah sahih peninggalan baginda kepada kita.Insya-Allah ,pada post yang akan datang..saya akan menerangkan secara terperinci tentang aliran pemikiran yang kita bincangkan….sekian….5:03 a.m
No comments:
Post a Comment