Pages

Sunday, April 19, 2009

untukMu sahabat Majmu'Ah saTU


Salam kepada sahabat di majmu’ah satu sem 2 apium.Terasa teruja pula ingin menulis di waktu pagi ini..selepas mengenakan segelas milo,putera terfikir sejenak bagaimana untuk menyahut komen2 yang diberikan oleh kalian untuk saya.Emm,ucapan ribuan kasih tidak terhingga kepada sahabat kerana sudi memberi impak yang positif ketikamana di minta untuk memberi komen setiap ahli majmua’ah.Saya tidak ingin menyatakan komen yang saya perolehi teruk2,tetapi apa yang ingin saya kongsikan adalah kebanyakan daripada komen tersebut telah menyedarkan kedudukan saya di majmu’ah satu..
Sahabat yang kukasihi sekalian,
Saya telah membaca satu persatu komen yang termaktub di atas kertas kecil.Walaupun ia hanya cebisan,tetapi masuk kali ini sudah 10 kali saya membacanya.Sungguh menusuk kalbu ..rentetan tulisan yang penuh dengan warna bahasa dan sedikit pujian tidak langsung mencuri perhatian saya,cuma apa yang penting di situ adalah kesudian kalian untuk memberi sedikit ulasan mengenai diri saya.Ingin dimaklumkan awal-awal,saya tidak sempat untuk membuat komen kepada kalian, cukuplah dengan ucapan moga hidup kalian terus mencari satu jalan yang lurus untuk dijadikan garis panduan perjalanan kehidupan ini.
Berbalik kepada apa yang ingin saya kongsikan dengan sahabat.Kebanyakan ulasan yang saya perolehi adalah meminta untuk berkongsi ilmu yang ada.Sebelum itu,ingin saya ajukan kepada kalian,adakah kamu sudah bersedia untuk menimba ilmu dari saya?ataupun adakah komen itu hanya satu ejekan yang bersulamkan penghinaan?kalau tidak,lapangkan dada kalian,minta di permudahkan jalan menuntut ilmu.Saya tidak se’alim ulama pondok ,tidak juga sejahil ulama syi’ah tetapi kalau dirungkai semula sejarah,kita akan dapat tahu Imam Bukhari mempunyai 3 orang guru yang berlainan taraf.Yang pertama adalah guru yang lebih ‘alim daripada beliau,kedua guru yang sama taraf ilmunya dengan beliau dan yang ketiga guru yang rendah lagi ilmunya berbanding beliau.Mengapa Imam Bukhari mewujudkan taraf tiga orang guru ini dalam hidup beliau?Kerana hikmahnya,setiap ilmu yang ada kebaikan dan disana adanya petunjuk daripada guru itu,beliau tidak akan persia-siakan.Jadi,sahabat sekalian bolehlah menganggap saya guru yang bertaraf no tiga untuk mengutip sedikit buah pegangan sepanjang kita berkenalan.Kerana saya tidak ma’sum,apatah lagi wara’.Namun soal akidah jangan persoalkan,kerana hal inilah yang ingin saya bawa sahabat sekalian memahaminya.
Hal akidah?mengapa semua orang takut untuk membahaskan akidah?takot salah?atau kalau kail panjang sejengkal jangan di duga dalamnya lautan?.Semuanya menjadi persoalan yang besar.Sem 1 telah berlau,akidah yang kita belajar di apium ini adalah akidah asyya’irah wahai sahabatku.Satu fahaman yang berteraskan logic semata –mata dengan perbahasan yang cukup rumit.Ingin saya tanya kepada sahabat.Adakah berbaloi dengan apa yang kamu semua perolehi di sem lalu?adakah dengan mempelajarinya sudah jelas maksud syirik yang menjadi musuh utama kepada tauhid?adakah dengannya kamu sudah mengetahu virus yang merosakkan sunnah sahih Rasulullah S.A.W?yang mana virus itu sampai ke hari ini membuatkan akidah kita terpesong.Di selimuti kebaikan beribadah yang kononnya bersandarkan kepada sunnah Rasulullah,padahal pengisbatan amalan itu sedikit pun tidak merujuk kepada sumber yang sahih.Yer,sumber yang sahih.Mengapa?kerana penyakit malas menguasai diri kita.
Sahabat yang saya kasihi,
Dalam hidup kita, teras utama untuk mebuatkan amalan kita diterima ataupun sempurnanya disisi Allah adalah bergantung kepada akidah.Bukannya bergantung kepada usul fiqh,bukan juga perbahasan khilaf dan bukan juga perbahasan mazhab.Kalau baiknya akidah kita ,maka kitalah sebaik-baik umat.Malah golongan yang diberi syafaat kelak oleh Rasulullah ketika di dalam neraka adalah golongan yang selamat akidahnya,walaupun dengan dosa yang mereka lakukan telah menjerumuskan diri mereka ke dalam jahannam tetapi dengan akidah yang sahih,mereka ini akan mendapat syafaat.Lantas,apakah akidah yang sahih ataupun akidah yang selamat itu wahai sahabat?di mana ingin mencarinya?adakah ia akidah sufi?tarekat?assya’irah?ahbash?khalafi?khawarij?mu’tazilah?....
Nah sahabat islam itu terpecah kepada 73 semuanya ,cuma satu yang akan masuk syurga.Yang mana satu ey?x laen x bukan,itulah akidah yang dibawa oleh rasulullah dan para sahabat.Susah kew nak belajar ?x susah..bukan satu ajaran yang baru..bukan satu fahaman yang 2 3 hari..Cuma akidah ahlussunnah yang ori (bersandarkan fahaman salaf)menjadi asing disebabkan fahaman2 yang sudah kita kenal dari kecil lagi..teringat saya kepada khutbah jumaat di masjid Nilam Puri minggu lalu..hidup bersandarkan adat,adat bersandarkan syariat,syariat bersandarkan kepada Al Quran dan As Sunnah.Suatu ungkapan atau pepatah melayu yang amat bermakna sekali.Jikalaulah Za’aba masih hidup,nescaya beliau akan berasa kesal kerana umat Islam Melayu tidak menghiraukan sedikit pun maksud tersirat pepatah ini.Syariat kebanyakan masyarakat kita sekarang ini menolak hadis,hanya memakai hadis yang dapat memuaskan nafsu mereka sahaja,elergic bila mendengar salafi –wahabi,mengagungkan orang yang ‘alim melebihi daripada sepatutnya dan yang paling penting akidah mereka masih kabur.Berbaur kesyirikan,amalan2 mereka telah pun di hiasi oleh pak syaitan dan cukup mudah menghukum sesama muslim dengan kekafiran.

Pokoknya sahabat,itu semua lantaran kejahilan,ditambah pula hati yang mati kerana kesombongan yang menebal untuk menerima hakikat di dalam jiwa.Oleh itu,selagi kita memikul tanggungjawab seorang Muslim atau Muslimah,marilah kita sama2 menuntut ilmu tanpa meninggalkan pun peluang untuk mendalami dalam segenap bidang berpandukan mereka yang di janjikan nabi kebaikan padanya ya’ni para salafussoleh.Cukup setakat ini sahaja buat coretan di nirmala pagi,esok masih lagi exam..huhu…moga sahabat di majmu’ah satu semuanya mendapat kecemerlangan yang terbaik dan anggaplah saya guru yang no.3 seperti kisah dalam riwayat hidup Imam Bukhari.Kata Ibn Al Qayyim “ilmu itu imamnya amal”,so carilah ilmu yang sahih dan betul untuk menjadikan amalan kita berimamkannnya.Sekiranya imam itu salah,maka ma’mum juga akan terpesong.SEkian

1 comment:

aku hanya hamba said...

salam perjuangan wahai sahabat... terharu ngan apa yang di perkatakan oleh puterawan buat teman2 anda d maj 1... sy cukup tertarik ngan kisah imam bukhari, berguru ngan 3 org yg berbeza tarafnya.. dan kalo di timbang2, setakat mana la ilmu yang kita ada jika di bandingkan dgn beliau or ulama mu'tabirin t'dhlu.. mgkin saja 0.01 or lebih kurang drpd itu.. wallahu 'alam. ptrwan, bg sy sndri, anda boleh saja berkgsi apa yang anda tahu, ( yg pntgnya ianya sahih, cm anda kata ).. soal org mahu menerima or x, serahkn pd diri mrka n kuarga mrka.. yakinlah wahai shbt, masih ada yang bl0m jelas ngan apa yang anda n teman2mu yg lain cuba utk p'juangkan.. knpa mrka mau ptrwan untuk berkongsi dgn mrka? mgkn sja mrka mau b'gndg bahu dgn ptrwan, beramal dgn pkra2 yg sahih b'landaskn quran sunnah.. krna org yg jahil perlukan bimbingan untuk x trus berada dlm kejahilan, m'aku beramal dgn pkra yg sahih tp x sbnrnya.. wallahu 'alam....