Pages

Friday, September 11, 2009

inGat soKmo hoK Mok pesEi..




Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Lagu ini asalnya dicipta oleh Halim Yazid, bertajuk Pesan Mak, berkisar tentang nasihat ibu dalam kehidupan. Sesungguhnya, Halim Yazid merupakan pendikir dan penulis lirik yang tersohor, dan saya mengagumi beliau, kerana kreativiti dan kekuatan beliau dalam penulisan lirik, bukan sahaja ayat akhir itu menjadi rima, di tengah-tengahnya juga ada rimanya, dan mampu pula maksud dan pesanan disampaikan. Lirik Halim Yazid mudah saya berasa kagum, inikan pula kehebatan dalam rima Al-Quran. Salah satu kekuatan syair arab yang tidak mampu ditandingi kesasteraan bahasa melayu adalah kerana ilmu Arudhnya. Bilalah akan mendapat peluang untuk kembali belajar ilmu yang menarik tapi memeningkan ini. =) Saya olah lagu ini dalam skop yang lebih kecil dan spesifik, alam menuju ke perkahwinan, kerana ramai rakan-rakan yang sedang menempuh alam ini. Ibu selalu berpesan dalam mencari jodoh, dan alhamdulillah, ibu ini berpesan menurut pesanan dari Rasulullah S.A.W.

Versi loghat Kelantan

ingat sokmo hok mok pese
panda-panda awe cari teme
cari hok akhlok comey
panda jago hati awe
sekali kelih teruh berkene

ingat sokmo hok mok pese
walau bini buke oghe kelate
jange lupo kampung lame
worih waroh di kelate
tokleh sombong nge oghe

pesan ibu bapo
sikit ambo tak lupa
pesan ibu bapak
ingat pah bilo-bilo
pesan turun pulok
royat wi ke anok ambo
walau rupo takdok
agamo hok kito banggo

ingat sokmo hok mok pese
nok nikoh jange susoh oghe
tok soh pinje berhute
kalu dey banyok hute
kito payoh nok sene

hok mok pese hari hari
panda panda jago hati bini
saloh celo jange cari
jange baloh nak2 hari
jange mudoh beraso hati

maso kito kayo
ramailah gadis minat
dey takdok gapo sekaro
demo pun tokse dekat

maso sene lego
ghamalah hok nok pikat
dey sesok so karo
oghe gilo pun dio hambat

ingat lagi hok mok kato
hati hati bilo dok rumoh tok tuo
lidoh maruoh kito
hati tok tuo keno jago
tok baik ngupat ngato

hok mok pese hari hari
keno panda cari pitih sendiri
keno kijo tiap hari
dari mano pitih mari
ko sapo kito bui

pesanan mak ambo
ikhlas darinya hati
pesan ke anak dia
sejak mula sampai la ni

ingat sokmo hok mok pesann..
ingat sokmo hok mo duduk pesan..
ingat sokmo hok mok pesann..

Terjemahannya

selalulah ingat nasihat ibu,
pandai-pandailah anakku cari teman hidup,
cari yang akhlaknya elok
juga pandai menjaga hati,
bila terpandang, terus jatuh hati

selalulah ingat nasihat ibu,
walaupun isteri bukan orang negeri sendiri,
jangan lupa kampung halaman,
saudara mara di kelantan,
jangan sombong dengan masyarakat,

nasihat ibu dan ayah
aku ingat semuanya
nasihat ibu dan ayah
akan diingat sampai bila-bila
nasihat disampaikan pula
kepada anakku semdiri
walaupun paras muka tidak menarik,
ketinggian agama yang patut kita banggakan

selalulah ingat nasihat ibu
kalau nak kahwin, jangan susahkan orang
jangan pinjam duit dan berhutang
sebab kalau dah banyak hutang
nanti hidup tak akan senang

yang ibu selalu nasihat setiap hari
kena pandai jaga hati isteri
kesalahan dan keaiban jangan dicari
jangan bertengkar setiap hari
jangan mudah berkecil hati

bila kita kaya,
ramailah gadis yang berminat,
bila dah tak ada apa-apa,
mereka pun tak nak dekat

masa hidup senang
ramailah gadis yang datang memikat
bila hidup susah
orang gila pun tak nak dekat kita

masihku ingat nasihat ibu
jaga diri bila di rumah mertua
percakapan mencerminkan maruah keluarga
hati mertua kenalah jaga
mengumpat dan mengata mereka adalah amalan yang terkutuk

yang ibu nasihatkan setiap hari
mesti pandai cari pendapatan sendiri
rajin mencari rezeki setiap hari
berhati-hati dengan sumber duit yang diperolehi
dan ke arah manakah duit disalurkan

nasihat ibuku
ikhlas dari hatinya
nasihat kepada anaknya
dari dulu hinggalah sekarang

selalulah ingat pesan ibu

Moga bermanfaat.
Dari Abg Yahya A. Shukor

No comments: