Friday, September 11, 2009

jom kita baca...pelik nih شــــي غريب


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang...

Saya termenung sendirian...benda yang pelik ini selalu berlaku dalam kehidupan kita...terkadang kita sedar...terkadang tidak...untuk sahabat majmu'ah satu dan muslimin sekalian...jom kita sama-sama menghayati....bait-bait nasihat ini..mungkin ada betulnya..........azuhan fauzi.....





شــــي غريب
كيف أننا نرى الـدينار كبيرعندما نأخذه إلى المسجد
وصغير جداً عندما نأخذه إلى السوق

Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita melihat wang sesuatu yang besar nilainya apabila kita bawanya ke masjid (untuk didermakan). Dan amatlah kecil nilainya pula apabila kita bawanya ke pasar (untuk dibelanjakan).
شــــي غريــــب
كيف أننا نرى ساعة في طاعة الله طويلة
ولكن ما أسرع التسعون دقيقة في لعب كرة القدم أو ثلاث ساعات على النت

Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita melihat satu jam dalam mentaati Allah adalah panjang masanya. Tetapi alangkah cepatnya pula 90 minit dalam perlawanan bola sepak atau 3 jam berlayar di internet.

شــــي غريــــب
كيف أنه من المجهد قراءة جزء من القرآن الكريم
وكيف أنه من السهل قراءة رواية مختارة من 200 إلى 300 صفحة ؟

Sesuatu yang pelik, Bagaimana dia antara mereka yang merasa susah (dengan kemalasan) ketika membaca sejuzu' (sebahagian) dari Al-Qur'an. Tetapi merasa senang pula ketika membaca novel yang merangkumi 200 hingga 300 muka? شــــي غريــــب
كيف أننا نتقبل ونصدق ماتقوله الجرائد
ولكن نتساءل عن ما يقوله القرآن الكريم ؟

Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita boleh menerima dan mempercaya apa yang diperkatakan surat khabar. Tetapi kita sering mempertikai dan mempersoal apa yang dikatakan oleh Al-Qur'an? شــــي غريــــب
أننا لا نستطيع التفكير في قول أي شئ عند الدعاء
ولكننا لا نواجه صعوبة في التفكير في قول أي شئ عند التحدث إلى صديق ؟

Sesuatu yang pelik, Kita tidak mampu untuk berfikir apa yang hendak dikata (diminta & dibaca) dalam doa kita. Tetapi tidak pula kita menghadapi kesukaran berfikir mengenai apa yang perlu kita bualkan dengan kawan kita?
شــــي غريــــب
كيف تبدو طويلة قضاء ساعتين في المسجد
ولكن كم هي قصيرة عند مشاهدة فيلم سينمائي ؟

Sesuatu yang pelik, Bagaimana dua jam dianggap tempoh masa yang lama untuk berada di dalam masjid, akan tetapi ia menjadi singkat ketika kita menonton filem di pawagam?
شــــي غريــــب
رغبة الناس في الحصول على المقعد الأمامي في أية لعبة أوحفلة
ولكنهم يتزاحمون للجلوس في مؤخرة المسجد ؟

Sesuatu yg pelik Keinginan manusia untuk duduk di kerusi hadapan di sesuatu festival sukan atau majlis perayaan, tetapi mereka ini juga bersesak-sesak untuk duduk di tempat belakang masjid (ketika solat atau majlis ilmu) ?
شــــي غريــــب
كيف أننا نحتاج إلى مدة طويلة ونواجه صعوبة في حفظ آية أو آيتين من القرآن الكريم
ولكن في مدة قصيرة وبسهولة نحفظ الأغاني ؟

Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita memerlukan masa yang lama dan berhadapan dengan kesusahan ketika hendak menghafaz satu atau dua ayat dari Al-Qur'an, sedangkan dengan waktu yang singkat dan mudah kita dapat menghafaz senikata lagu?

اليوم عمل بلا حساب
وغدا حساب بلا عمل
فأغتنم يوم عملك ليوم حسابك

Hari ini adalah hari beramal, tiadanya perhitungan, esok adalah hari perhitungan, tiadanya amalan, maka rebutlah hari beramal kamu untuk hari perhitungan kamu.
Moga BerManfAAt....

No comments: