Pages

Wednesday, September 16, 2009

kekuatan hafalan Ustaz Zahazan menarik perhatian penonton

Pagi tadi, bapa mertua saya terpegun mendengar penerangan berkaitan zikir yg disampaikan oleh ustaz Zahazan dalam TV3. Berbeza dgn penerangan mufti jemputan dalam rancangan Bicara Mufti yg sentiasa menjenguk teks, ustaz Zahazan menghurai segala permasalahan agama secara spontan melalui daya ingatannya yg kuat. Bapa mertua terus memesan agar isteri saya membeli buku2 karia ustaz Zahazan...
USTAZ ZAHAZAN MOHAMED dilahirkan di Melaka pada tahun 1974. Mendapat
pendidikan awal di Sek. Keb. Kg. Gelam sebelum meneruskan pelajaran di
Sek. Men. Keb. Agama Sultan Muhammad, Melaka. Seterusnya melanjutkan
pelajaran di Kolej Islam Klang pada tahun 1990.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan pada tahun 1992 hingga 1996. Meneruskan pengajian dengan Ijazah Sarjana (MA)
dalam Bahasa Arab di UM (2003).

Seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat Phdjuga di UM. Kini menjawat jawatan Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

Berpengalaman dalam memimpin kursus haji dan umrah, dan membimbingjemaah haji dan umrah ke tanah suci Mekah, yang bertauliah dari Lembaga Urusan Tabung Haji Malaysia.

Aktif dalam bidang penerbitan buku ilmiah serta artikel akhbar dan majalah.Penyampai tetap kuliah Tafsir di IKIM.fm.

Dalam bidang penerbitan,Ustaz Zahazan telah menerbitkan lebih daripada 10 buah buku dan sebuah album.

dari Cikgu Rahim...

alhamdulillah...marilah kita berkenalan atau berjinak-jinak untuk mengenali lebih rapat pejuang pejuang sunnah..amien-azuhan

kat bawah nie..ada koleksi2 kuliah mp3 Ustaz Zahazan


http://www.mymaktabaty.com/2008/08/mp3-ceramah-ustaz-zahazan-mohamed.html

2 comments:

dhamiri said...

bapa mertu saya?
isteri saya?

Mohd FIkri said...

salam, kawan. baru terperasan. anda menggunakan perkataan "bapa mertua" td. maaf tnya, bilakah anda kawen? tk ajak pon. (^_^)