Wednesday, September 16, 2009

Kita di tangga keempat paling suka berbelanja

Salam..agak terkejut bila dapat dengar berita nie..tapi memang hakikat rakyat kita suka untuk berbelanja..oleh sebab kad kredit nie x perlu ke money changer untuk tukar wang..so,ia lebih nampak fleksible kat mana2 pom,duk la negara mana pun..bley ja nak beli pa2..cuma hampa jangan duk libat ngan riba suda....so,meh kita pakat guna kad kredit Bank Rakyat....cukup point bley p UmraH....huhu...biasanya kat kota Bharu orang p Azam Money Changer atau Maybank sebelah pantai timur...sekadar info...


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Kajian Visa Travel Smart mendapati pengembara Malaysia berada dalam senarai lima teratas gemar berbelanja barangan bebas cukai di Asia Pasifik dengan purata kos perbelanjaan AS$195 (RM678) seorang.

Malaysia berada di tempat keempat iaitu di bawah Korea, AS$358 (RM1,245.84) yang mendapat tempat pertama diikuti China, AS$333 (RM1,158.84) dan Hong Kong sebanyak AS$224 (RM779.52) seorang.

Kajian itu dilakukan terhadap 2,226 pengembara dari seluruh rantau Asia Pasifik.

Penilaian tabiat mengembara yang dilakukan terhadap pengembara menunjukkan pengembara Korea dan China membelanjakan lebih banyak wang mereka kepada barangan bebas cukai dengan masing-masing membelanjakan AS$358 (RM 1,245.84) dan AS$333 (RM1,158.84).

Jumlah perbelanjaan tersebut lebih AS$100 (RM 348) daripada purata perbelanjaan di rantau Asia.

Pengurus Visa (Malaysia), Stuart Tomlinson berkata, membeli-belah barangan bebas cukai dapat memberi nilai wang yang lebih daripada jenama antarabangsa dan juga produk-produk eksklusif lain.

Katanya, ia bukan satu perkara yang mengejutkan apabila pengembara China dan Korea yang dikenali pencinta jenama di rantau Asia Pasifik mengambil peluang tersebut.

Jelasnya, sebanyak 43 peratus responden kajian berkata, mereka mengunjungi kedai bebas cukai sewaktu perjalanan terakhir mereka.

Pembayaran secara kad kredit pula, menurut Tomlinson, pengembara Australia dan New Zealand paling banyak menggunakan kad kredit diikuti Korea dan China.

''Kemudahan pembayaran secara kad kredit di mana-mana mendorong para pengembara memilih kaedah pembayaran tersebut.

''Pembayaran tunai menyukarkan proses tukaran wang asing,'' katanya.

Menurut Tomlinson, lokasi kedai bebas cukai iaitu di lapangan terbang dan di pusat bandar memberi kemudahan untuk para pengembara membeli-belah barangan berjenama sekali gus dapat berjimat.

No comments: