Pages

Monday, September 14, 2009

zaKat fitrah : meh baCa orG yanG ta'Sub mazhaB syaFi'e

SOALAN 1: SAYA difahamkan bahawa zakat fitrah diwajibkan keatas setiap muslim dengan makanan asasi. Soalannya, kenapa di Malaysia ia ditukar kepada nilai wang?

Jawapan:

Mengikut ketetapan asal, zakat fitrah ditunaikan sama ada menggunakan tamar kering atau basah, gandum dan biji-bijian.

Imam Syafie dan Maliki berpendapat, zakat fitrah hendaklak dikeluarkan berdasarkan makanan asasi sesebuah negara. Sebuah hadis riwayat oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Tsalabah bin Abu Saghir boleh dijadikan sandaran: "Bayarlah zakat fitrah satu sha' gandum atau bur daripada setiap manusia (muslim), anak-anak atau orang dewasa, merdeka atau hamba sahaya, kaya atau fakir, lelaki atau perempuan".

Walau bagaimanapun, fuqaha berbeza pendapat mengenai keharusan mengeluarkan zakat fitrah dengan harga (wang) dan bukannya harta (makanan).

Imam Abu Hanifah dan at-Tsuri memetik pendapat daripada Umar bin Abdul Aziz r.a bahawa dibolehkan mengeluarkan zakat dengan harga (wang) dan pendapat ini turut disokong oleh Hassan Basri.

Memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini, maka ia lebih diraikan demi kemaslahatan ummah dan inilah tujuan zakat fitrah, iaitu mencukupkan orang-orang miskin pada hari raya jangan sampai meminta-minta (riwayat Imam Baihaqi). Wallahu A'lam.


Kita sering menuduh seseorang itu wahabi apabila pendapatnya bertentangan dgn pendapat imam Syafie. Tetapi dalam kes zakat fitrah, kita tidak pula mempersoalkan isu mazhab Syafie...

No comments: