Pages

Showing posts with label puterawan. Show all posts
Showing posts with label puterawan. Show all posts

Monday, September 14, 2009

zaKat fitrah : meh baCa orG yanG ta'Sub mazhaB syaFi'e

SOALAN 1: SAYA difahamkan bahawa zakat fitrah diwajibkan keatas setiap muslim dengan makanan asasi. Soalannya, kenapa di Malaysia ia ditukar kepada nilai wang?

Jawapan:

Mengikut ketetapan asal, zakat fitrah ditunaikan sama ada menggunakan tamar kering atau basah, gandum dan biji-bijian.

Imam Syafie dan Maliki berpendapat, zakat fitrah hendaklak dikeluarkan berdasarkan makanan asasi sesebuah negara. Sebuah hadis riwayat oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Tsalabah bin Abu Saghir boleh dijadikan sandaran: "Bayarlah zakat fitrah satu sha' gandum atau bur daripada setiap manusia (muslim), anak-anak atau orang dewasa, merdeka atau hamba sahaya, kaya atau fakir, lelaki atau perempuan".

Walau bagaimanapun, fuqaha berbeza pendapat mengenai keharusan mengeluarkan zakat fitrah dengan harga (wang) dan bukannya harta (makanan).

Imam Abu Hanifah dan at-Tsuri memetik pendapat daripada Umar bin Abdul Aziz r.a bahawa dibolehkan mengeluarkan zakat dengan harga (wang) dan pendapat ini turut disokong oleh Hassan Basri.

Memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini, maka ia lebih diraikan demi kemaslahatan ummah dan inilah tujuan zakat fitrah, iaitu mencukupkan orang-orang miskin pada hari raya jangan sampai meminta-minta (riwayat Imam Baihaqi). Wallahu A'lam.


Kita sering menuduh seseorang itu wahabi apabila pendapatnya bertentangan dgn pendapat imam Syafie. Tetapi dalam kes zakat fitrah, kita tidak pula mempersoalkan isu mazhab Syafie...

Tuesday, April 7, 2009

Salafi,khalafi,syiah,ahlul tarekat,sufi ,ahbash dan liberal….

Terima kasih kerana meluangkan masa di blog saya  untuk memilih status yang anda ikuti bagi memahami Islam..mungkin ia satu wasilah…mungkin juga itulah islam yang  anda kenali..atau mungkin  ianya status secara keseluruhan dari segi  iktikad,amalan  dan pemahaman anda  dalam mengikuti agama Islam.Saya berasa terpanggil apabila ada dalam kalangan pembaca blog saya memberi pendapat yang dirinya sedkit pun tidak memahami apa yang saya maksudkan dengan status diatas..Kenapa salafi?kenapa khalafi?Bukankah kita dari  kalangan ahlusunnah wal jama’ah yang bermazhab syafi’ie?Fikirannya berputar ligat memikirk

an status yang saya cadangkan untuk diundi…

 

Akhi shaghir,walaupun saya bukan daripada aliran agama,Alhamdulillah tuhan memberi  kekuatan kepada saya untuk mengkaji tentang aliran-aliran pemikiran seperti yang saya katakan diatas..Saya maksudkan status kerana sesetengah pendokong fahaman serta aliran tersebut  lebih suka untuk menggelarkan diri mereka dengan salafi,khalafi,sufi,syi’ah,liberal dan sebagainya.Sekalipun tidak,mereka pasti menyokong  status  yang mereka ikuti dan memahami Islam melalui jalan tersebut..(bagi pembaca yang masih baru  mengetahui hal ini,dinasihatkan untuk mengikuti secara slow2…jangan tensyen…hehe).

Sebenarnya,aliran status yang saya maksudkan dalam undian itu berkait rapat dengan akidah kita seorang muslim.Apakah kita berakidah mengikut fahaman salaf,atau khalaf atau sufi atau pun syi’ah dan sebagainya.Saya tidak mengutarakan pegangan mazhab kerana perbincangan dalam mazhab lebih tertumpu kepada masalah fiqh.Persoalannya di sini ,pernahkah kita mengambil tahu dari manakah sumber akidah yang kita pegangi selama ini??jikalau anda tidak mengetahui bermakna anda ikut secara buta?sekalipun anda mengetahui tentang akidah yang anda pegangi,adakah ia sahih??sepertinya akidah para sahabat,tabi’in dan tabi’ut ttabi’in..saya masih ingat dalam hidup saya, peluang untuk mendalami akidah hanyalah wujud ketika mana saya berada di sekolah rendah mengikuti kelas fardhu ‘ain..perbincangan mengenai’nya amat-amat ringkas berkisar tentang sifat 20,sifat harus kepada nabi dan sewaktu dengannya..kita tidak pernah membincangkan tentang syirik,khurafat, serta  dosa – dosa besar yang membuatkan amalan seseorang itu tidak di terima oleh Allah..lantas,di manakah kita…pabila di sebut tentang tauhid,maka terbayanglah sifat 20,pabila ditanya tentang pegangan ,maka tergambarlah ahlussunnah wal jama’ah…Adakah itu cukup untuk dijadikan tunjang akidah kita???

Ukhti ssaghir,musuh pada tauhid lawannya syirik.Secara logiknya,apabila kita tidak mengenal musuh kita,bagaimana hendak menghadapinya..Inilah persoalan besar yang berkait dengan status yang saya maksudkan dalam undian tersebut…sesetengah  muslim berpegang kepada akidah syi’ah yang terang-terang jelas terpesong malah mensyirikkan Allah.mereka mengkafirkan sahabat,menyembah kubur,meminta pertolongan pada wali2 yang dianggap kudus..bukannya kepada Allah…Nah ini sahaja baru satu…nabi bersabda dalam hadis ibn majah bertaraf  hasan..umat ini terpecah kepada 73 golongan..satu sahaja yang akan memasuki syurga…..tuntasnya…..adakah kita di kalangan mereka yang mendapat syurga?????

Pokoknya,kita harus mencari akidah yang saalim,yang  suci,yang terpelihara daripada syirik dan kebida’ahan(pembaruan)..sepertinya akidah para sahabat, dan mereka yang berada di kurun yang terawal( salaf)..bak kata pepatah melayu,sesat dihujung jalan ,maka kembalilah kepada pangkalnya...jangan kembali kepada pangkal yang salah pula..siapa yang membawa agama Islam,dialah yang berhak menjadi tempat pulangnya kita semua…tidak lain dan tidak bukan ..akidah yang di bawa oleh nabi Muhammad Sallallauha’alaihi wasallam…bukan akidah yang di nisbatkan kepada kumpulan-kumpulan atau jama’ah tertentu yang didalamnya belum pasti terdapat kesahihan…

Satu  lagi,jangan malu bertanya dan mengkaji untuk pulang ke pangkal yang benar agak tidak terpesong..bukan ahli agama sahaja yang harus memikirkan hal ini..malah seluruh umat Muhammad sebabnya ini persoalan syurga atau neraka…mana satu pilihan anda….??????????akidah yang sahih bakal membawa kita ke syurga..ya,akidah yang sahih juga akan menyelamatkan kita dari api neraka kerana Rasulullah akan memberi syafaat kepada mereka yang mempunyai akidah yang saalim walaupun di masukkan ke neraka….

Semestinya kita semua mengimpikan syurga,maka berusahalah untuk mencapainya dengan mengikuti lorong-lorong yang jelas lagi bersuluh dari sunnah sahih peninggalan baginda kepada kita.Insya-Allah ,pada post yang akan datang..saya akan menerangkan secara terperinci tentang aliran pemikiran yang kita bincangkan….sekian….5:03 a.m

 

Sunday, April 5, 2009

Jalan sunnah atau jalan kesesatan?

Salam ,pada posting kali ini, saya amat bersukacita sekali untuk menerangkan prisip-prinsip ahlussunah wal jamaah.Mengapa hal ini di ketengahkan?Ia disebabkan terlalu ramai yang menggap diri mereka berpegang teguh dengan aliran ahlusunnah wal jamaah,namun apa yang di praktikkan dalam amalan,iktikad dan keyakinan meraka berbeza jauh dengan prinsip ahlusunnah yang sebenar...

Oleh itu, saya tampilkan dari kitab Silsilah Fatawa Syar'iyah yang ditulis oleh Syaikh Abul Hasan Musthofa bin Ismail As-Sulaimanie Al-Ma'ribie dengan melakukan perubahan-perubahan yang saya anggap sesuai dengan keadaan yang wujud di negara kita. Dan jika ini adalah suatu kebenaran maka ia hanyalah datangnya dari Allah, dan jika ia merupakan suatu kesalahan maka Allah dan Rasul-Nya terlindung dari kesalahan itu. Semoga kita dijauhkan dari orang-orang yang hanya pandai berkata-kata namun tidak beramal atau bahkan amalnya tidak sesuai dengan apa yang diucapkannya.

  1. Dakwah Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah dakwah yang ditegakkkan di atas Al-Qur`an dan As-Sunnah menurut manhaj para Salafus shalih dari kalangan Sahabat, Tabi`in dan para ulama` serta orang- orang yang mengikuti mereka.
  2. Ahlus Sunnah wal Jama`ah berkeyakinan bahwa berdo`a kepada orang-orang mati, beristighatsah kepada mereka, menyembelih dan bernazar untuk mereka, jua meminta pertolongan kepada orang-orang yang hidup (yang mana amalan itu hanya layak diniatkan kepada Allah )adalah perbuatan syirik, yang dapat mengeluarkan pelakunya dari Islam, maka pelakunya wajib bertaubat atas perbuatannya itu dan wajib meperbaharui akidahnya.
  3. Keyakinan terhadap sebarang azimat dan sejenisnya untuk mendatangkan manfaat dan menolak mudharat adalah perbuatan syirik. Juga mendatangi tukang-tukang sihir, dukun, dan tukang-tukang ramalan. Membenarkan mereka adalah kekufuran, kerana ia bererti membenarkan bahwa mereka mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Jika hanya sekadar datang tanpa membenarkan ucapan-ucapan mereka, maka ini adalah sebuah kebodohan yang wajib dijauhi, sebab hal ini merupakan wasilah kepada dosa syirik. Semoga Allah melindungi kita.
  4. Ahlus Sunnah wal Jama`ah meyakini adanya karomah-karomah para wali tanpa meyakini bahwa hal tersebut merupakan bahagian dari kekuasaan ilahiyyah. Ahlus Sunnah wal Jama`ah membezakan antara karomah-karomah para wali dan pedustaan para dajjal . Para wali menegakkan perintah Allah berbeza dengan tukang sihir dan sejenisnya.
  5. Ahlus Sunnah wal Jama`ah mencintai semua sahabat dan tidak menyokong mana-mana perselisihan yang terjadi diantara mereka, sebab apa yang terjadi itu merupakan fitnah. Semoga Allah menjaga kita dari fitnah yang seperti itu. Ahlus Sunnah wal Jama`ah menjaga hati dan lisan mereka agar tidak hanyut membicarakan fitnah tersebut. Menurut Ahlus Sunnah wal Jama`ah, para sahabat memiliki tingkatan yang berzeda-beza. Sahabat yang paling utama adalah Abu Bakar kemudian Umar menurut kesepakatan Ahlus Sunnah wal Jama`ah kemudian Utsman lalu Ali menurut pendapat yang terpilih.
  6. Menurut Ahlus Sunnah wal Jama`ah, orang yang mencela para sahabat bererti telah mengikuti ahlul bid`ah dan hatinya telah kotor, sebab mencintai para sahabat serta menempatkan mereka sesuai dengan kedudukan mereka masing-masing merupakan suatu kewajiban.
  7. Ahlus Sunnah wal Jama`ah tidak menerima hadits apapun yang disandarkan kepada Rasulullah kecuali setelah mengetahui bahawa hadits tersebut adalah shahih. Ahlus Sunnah wal Jama`ah berpendapat bahwa hadits yang munkar dan palsu sangat besar peranannya dalam menyuburkan kebid`ahan.
  8. Dakwah Ahlus Sunnah wal Jama`ah tertegak diatas tashfiyah (pemurnian) aqidah, kaidah-kaidah ilmiyah dan amaliyah, dan lain sebagainya. Kemudian setelah itu tarbiyah (pembinaan) diatas ajaran Islam yang murni tersebut.
  9. Ahlus Sunnah wal Jama`ah tidak mengkafirkan seorang muslim karena dosa besar yang dilakukannya. Ahlus Sunnah wal Jama`ah selalu mengharap kabaikan bagi orang-orang yang shalih dan merisaukan nasib orang-orang yang berbuat jahat. Ahlus Sunnah wal Jama`ah tidak menentukan tempat bagi seorangpun di syurga atau di neraka. Ahlus Sunnah wal Jama`ah menunaikan solat jenazah kepada setiap muslim serta memohon ampunan baginya selama tidak terjatuh ke dalam syirik besar (syirik yang mengeluarkan dari agama).
  10. Ahlus Sunnah wal Jama`ah selalu memberikan nasihat dengan cara yang sebaik-baiknya, jika diterima maka itu adalah kurniaan dari Allah , tetapi jika ditolak maka mereka bersabar dan berdo`a kepada Allah agar memberikan hidayah kepada semuanya. Namun jika ada orang yang menyeru kepada kesesatan maka Ahlus Sunnah wal Jama`ah memperingatkan umat dari orang tersebut setelah terlebih dahulu menasihati dan memberikan penjelasan kepadanya.
  11. Ahlus Sunnah wal Jama`ah berkeyakinan bahawa orang yang mengkafirkan pembuat-pembuat maksiat hanya semata-mata kerana kemaksiatannya atau kerana menyelisihi pemahaman yang dibawa olehnya maka dia adalah seorang ahlul bid`ah yang sesat dan merupakan kelompok Khawarij moden.
  12. Menurut Ahlus Sunnah wal Jama`ah syirik itu terbahagi kepada dua, iaitu syirik besar dan syirik kecil. Demikian pula kekufuran terbahagi kepada dua, iaitu kufur i'tiqodi dan kufur amali, begitu juga dengan kemunafikan yang terbahagi kepada dua, iaitu nifaq i'tiqadi dan nifaq amali. Perbuatan-perbuatan tercela seperti kezaliman, kefasikan, dan yang lainnya juga terbagi dua, iaitu besar dan kecil. Yang besar mengeluarkan pelakunya dari Islam sedangkan yang kecil tidak. Menurut Ahlus Sunnah wal Jama`ah sebahagian kufur amali dapat mengeluarkan pelakunya dari Islam, meskipun secara umum istilah kufur amali digunakan para ulama untuk perbuatan kufur yang tidak mengeluarkan pelakunya dari Islam.
  13. Menurut Ahlus Sunnah wal Jama`ah, barang siapa yang bertaubat dari dosanya dengan taubat yang sungguh-sungguh, maka Allah akan mengampuninya. Adapun jika dia menemui Allah dalam keadaan berdosa; selama mana bukan dosa syirik, maka dia berada dibawah kehendak Allah. Jika Allah menghendaki untuk mengadzabnya, maka ia akan diadzab, dan jika Allah menghendaki untuk mengampuninya maka ia akan diampuni.
  14. Menurut Ahlus Sunnah wal Jama`ah, Islam melarang perpecahan kaum muslimin menjadi jama`ah-jama`ah, kelompok-kelompok atau golongan-golongan, bahkan Islam mengharuskan seluruh kaum muslimin untuk bertaqwa kepada Allah dan bersatu di atas manhaj Salafus Shalih, bukan di atas pemahaman si A dan si B.
  15. Ahlus Sunnah wal Jama`ah membenarkan adanya saling tolong menolong dengan sesama muslim dengan syarat dakwah Ahlus Sunah wal Jama`ah tidak terganggu pada saat itu ataupun di masa yang akan datang .
  16. Ahlus Sunnah wal Jama`ah melihat adanya suatu petanda buruk dari fenomena munculnya kelompok-kelompok dakwah yang memiliki cara yang pelbagai ragam, rumit dan kacau. Oleh kerena itu, wajib bagi para pencari kebenaran untuk sedar tentang hal ini. Dan kesedaran itu, hanya mampu diperoleh dengan ilmu, kematangan berfikir, dan menghindari kebodohan, kedunguan, sikap ekstrim, dan sikap membabi buta terhadap orang-orang yang menyelisihinya.
  17. Sekian dulu buat post kali ini..akan bersambung di posting akan datang.