Pages

Showing posts with label isi masa. Show all posts
Showing posts with label isi masa. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

Ado gapo gak dgan Twitter??mari kita baca..be uptodate people..

Salam ...hehe..ramai jugok ore mari bertanya kenapa saya menggunakan aplikasi twitter untuk update facebook,update blog,berhubung dengan sahabat-sahabat yang berada di luar negara dengan cepat dan ringkas..dengan hanya menggunakan sistem pesanan sms untuk terus berhubung..like nokia branding... "connecting people"...jadinya saya nak ajak beramai ramai sahabat saya..org yang membaca post blog kali nie untuk menggunakan aplikasi fleksible dan free ini...bila da orang tanya kita twitter tu gapo?mako bleyla kita menjawabnya atau memberi tahu tentang akaun kita yang da ada kat twitter tue..nati bley org follow..every mende yang kita buat org akan tahu bila kita update trough sms...

Arakiannya, barangsiapa yang berminat untuk menyertai komuniti twitter bley la follow saya di... http://twitter.com/azuhanfauzi12.... pastu sign up dulu...bila u da follow i...i akan follow u...banayak menda yang kita bley share bersama...tambah2 dalam bab ilmu...insyAllah...den kalu nak activekan melalui sms...bley la p kat facebook saya...

Twitter sememangnya merupakan perkhidmatan microblogging yang amat poular. Konsepnya mudah, anda menulis “tweets”, update pendek yang mencapai maksimum 140 karekter untuk menunjukkan apa yang anda ingin kongsikan/luahkan. Walaupun secara teknikalnya tweets sepatutnya digunakan untuk menjawab dan bertanya soalan, potensinya telah besar daripada itu. Kini tweets juga boleh digunakan untuk berkongsi cerita, link kepada koleksi gambar anda, promosi blog, berita terkini dan banyak lagi. Berikut merupakan teknik yang boleh anda praktikkan melalui twitter bag tujuan kempen pemasaran anda:

Berkongsi link menarik

Apabila anda membaca sesuatu yang menarik perhatian anda, gunakan twitter untuk anda berkongsi dengan follower anda. Twitter merupakan cara yang paling efektif untuk anda menyebarkan dan beriteraksi dalam kelompok yang ramai. Anda juga boleh mencari idea utntuk dipos di blog anda.

Bina Komuniti Anda

Twitter juga merupakan cara yang bagus untuk anda membina komuniti anda. Ini kerana twitter membolehkan anda mencari dan mengikut individu yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Ada boeh menggunakan steeple untuk mencari mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan anda.

Eratkan Perhubungan Antara Komuniti Anda

Mereka yang berada dalam kelompok komuniti yang berlainan selalu menggunakan twitter untuk berhubung dengan kenalan mereka segera.

Menerbitkan Kembali Artikel Daripada Blog / Website Anda

Anda boleh menggunakan twitter untuk ini. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati kerana besar kemungkinan ada di antara follower anda sudah membaca pos di blog anda. Oleh kerana itu anda tidak digalakkan untuk menggunakan plug-in yang men ‘tweet’ pos di blog anda secara automatik. Cara yang paling baik ialah anda customize sendiri setiap tweet untuk entri di blog anda. Bagaimanapun cara ini mungkin mengambil sedikit masa anda. Jadi pilihan di tangan anda.

Wednesday, September 16, 2009

Kita di tangga keempat paling suka berbelanja

Salam..agak terkejut bila dapat dengar berita nie..tapi memang hakikat rakyat kita suka untuk berbelanja..oleh sebab kad kredit nie x perlu ke money changer untuk tukar wang..so,ia lebih nampak fleksible kat mana2 pom,duk la negara mana pun..bley ja nak beli pa2..cuma hampa jangan duk libat ngan riba suda....so,meh kita pakat guna kad kredit Bank Rakyat....cukup point bley p UmraH....huhu...biasanya kat kota Bharu orang p Azam Money Changer atau Maybank sebelah pantai timur...sekadar info...


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Kajian Visa Travel Smart mendapati pengembara Malaysia berada dalam senarai lima teratas gemar berbelanja barangan bebas cukai di Asia Pasifik dengan purata kos perbelanjaan AS$195 (RM678) seorang.

Malaysia berada di tempat keempat iaitu di bawah Korea, AS$358 (RM1,245.84) yang mendapat tempat pertama diikuti China, AS$333 (RM1,158.84) dan Hong Kong sebanyak AS$224 (RM779.52) seorang.

Kajian itu dilakukan terhadap 2,226 pengembara dari seluruh rantau Asia Pasifik.

Penilaian tabiat mengembara yang dilakukan terhadap pengembara menunjukkan pengembara Korea dan China membelanjakan lebih banyak wang mereka kepada barangan bebas cukai dengan masing-masing membelanjakan AS$358 (RM 1,245.84) dan AS$333 (RM1,158.84).

Jumlah perbelanjaan tersebut lebih AS$100 (RM 348) daripada purata perbelanjaan di rantau Asia.

Pengurus Visa (Malaysia), Stuart Tomlinson berkata, membeli-belah barangan bebas cukai dapat memberi nilai wang yang lebih daripada jenama antarabangsa dan juga produk-produk eksklusif lain.

Katanya, ia bukan satu perkara yang mengejutkan apabila pengembara China dan Korea yang dikenali pencinta jenama di rantau Asia Pasifik mengambil peluang tersebut.

Jelasnya, sebanyak 43 peratus responden kajian berkata, mereka mengunjungi kedai bebas cukai sewaktu perjalanan terakhir mereka.

Pembayaran secara kad kredit pula, menurut Tomlinson, pengembara Australia dan New Zealand paling banyak menggunakan kad kredit diikuti Korea dan China.

''Kemudahan pembayaran secara kad kredit di mana-mana mendorong para pengembara memilih kaedah pembayaran tersebut.

''Pembayaran tunai menyukarkan proses tukaran wang asing,'' katanya.

Menurut Tomlinson, lokasi kedai bebas cukai iaitu di lapangan terbang dan di pusat bandar memberi kemudahan untuk para pengembara membeli-belah barangan berjenama sekali gus dapat berjimat.

Monday, September 14, 2009

adakah cara melayu menyambuT raYa itu suNnah?

Cara orang Melayu dulu-dulu beraya...

SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain. Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.


Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.


Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.


Merantau


Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.


Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?


Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih
dan sayu.

Friday, September 11, 2009

baju Cinta nEneK...



Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”

waa..FACEBOOK link CIA rupanya...ish3


Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti Myspace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan terutamanya kawan lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan. Laman web sosial sekarang tak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapatkan satu akaun bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Jadi, sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK. Sebenarnya ada sebahagian DARK SIDE yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah lihat dan terus melihat. Juka ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang FACEBOOK? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime them want!

Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan
TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita...senang dan mudah sikit!". Malang sekali, bukan itu yang berlaku. Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap FACEBOOK, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang FACEBOOK letak dalam web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.





Sama-sama kita renungkan apakah yang diperkatan dalam FACEBOOK's terms of service: ULASAN:

1. Cuba bayangkan! - FACEBOOK yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakkan (mereka yang bukan extreme) mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, Professor, scientist dan yang seumpamanya. Inilah mangsa CIA yang sebenar.

2. Mengapa? - Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butiran mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu kalah dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

3. Bukankah ianya privacy diri sendiri? - Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?. Semua data dimasukkan adalah data-data mengenai achievement diri dimasukkan. Alamat, no h/p, rumah, pejabat, kerja, pendidikan, daily schedule dan lain-lain dimasukkan. Bayangkan semua ini akan dijadikan sebagai data statistik untuk digunakan pada masa hadapan.

4. Marahkah kita? - Kita marah bila orang mengambil tahu pasal kita, kita marah bila orang mencungkil privacy kita, tapi kita tidak sedar yang kita telah berikan semuanya dalam facebook kita. Kalau nak ikut cakap kasar:

"Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimana golongan bijak pandai di Malaysia ini tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dulu golongan bijak pandai ini, tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun berada dalam tangan mereka"

5. Fakta - FACEBOOK telah ditampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD 12.7 juta telah dilaburkan ke dalam FACEBOOK oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Juka kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG disebalik laman web sosial ini, boleh lihat clip
http://www.youtube.com/watch?v=mCGSYWd1HOI&feature=related .

6. Peranan CIA - Selain daripada menjadikan FACEBOOK sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat, pihak CIA juga merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr. Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari DARK SIDE ini. Dr. Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.





KESIMPULAN: Bersosial di laman web seperti FACEBOOK ini tidak salah, malah bagus bahkan kita boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan fakta-fakta yang menjadi privasi diri sendiri. Jangan mudah kita memberikan maklumat yang penting. Maklumlah, rakyat Malaysia cepat terpengaruh dengan benda yang PERCUMA sebegini. Bukan nak mengata diri sendiri, tetapi telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah ke laman web Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan Israel itu! Jawapannya mudah ialah Rakyat Malaysia, tidak syak lagi.

APA YANG PERLU KITA BUAT? - Bagi mereka yang sudah menjadi ahli FACEBOOK dan sudah memasukkan data peribadi. Senyum sajalah. Bagi mereka yang belum mendaftar, berhati-hatilah.


Thursday, September 10, 2009

dialog2 daRi citeR Allahyarham P. Ramlee...jom layanz

Bercakap mengenai p.ramlee, sure ramai yang sinonim dengan cerita2 yang beliau telah hasilkan...
mahupun cerita sedih mahupun cerita komedi

so pasti korang masih lagi teringat dialog2 yang beliau serta rakan2 seperjuangan seperti sudin,ajis dan lain2 ucapkan yang sampai hari ni korang still ingat...

so..
ape kate korang tulis dialog yang korang still ingat smpai serkarang kat bwh ni.....

__________________________
______________________________________________________


1) Hifzaili

Alif Ya Mim .. Buaya


2)

Walaupun rupamu tidak kukenal..
Tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku...


3) Farhana

betapa senang beta punya hati..
betalah yang digelarkan setan aminurrashid..
bukan setan la syaitan!
sultan!!


4) Wak

KITA PUNYER ANAK ADA BERAK, SAYA KATA ITU TAIK KASI ANGKAT BUANG DIA TAK MAU,
TAKPA SAYANG PUNYER PASAL SAYA ANGKAT ITU TAIK BUANG, TAPI ITU BUDAK SUDAH TENDANG
ITU TAIK KENE SAYA PUNYER MUKA ITU PASALLA SAYA MARAH... (M ZAIN)

HAI TAIK PUNYER PASAL PON MAU GADUH KAA? PEGI MASUK TIDURLAA... . (P.RAMLEE)

DIA BANYAK DEGIL ITU DALAM KEPALA BATU BESAR ADA DUDUK.. (M ZAIN)



5)
oooooooooo.. ini saya kenal sgt ni cikgu... ..
yg ini huruf M... ..

... . Jim pakai toncet cikgu... .


6) Narrasis

be wau re nge... ..
unta.....


7) Asfira

Seniman bujang lapok..time jiran bising tak leh tido tu..

Sudin : Tu ler dulu aku ajak korang pindah korang tak nak.
Aziz : iyer ler Sudin.. rumah yang ko cakap tu ada lagi tak??
Sudin : Rumah yang mana tu..Oooo.. rumah tu .. ada kenapa?
Aziz : Berapa bilik dia ada?
Sudin : Tak silap aku ada 3 bilik..
Aziz : Bagus tu ada tiga bilik tu..Sorang satu..Sudin berapa besar agak2 ko bilik tu??
Sudin : Klu tak silap aku 7 kaki panjang 5 kaki lebar 7 kaki dalam..
Aziz : Besar tu 7 kaki panjang 5 kaki lebar..siap ada dlm tu 7 kaki..iitttuuu kubur tuu!!! ko nak mampus!!!


8) Hamba Rakyat

ramlee: sungguh senang hati beta... beta lah yg digelar setan aminur rashid

ahmad nisfu: cut... bukan setan syaitan... sultan... .

ramlee: sungguh senang hati beta... beta lah yg digelar sultan aminur rashid... mamanda menteri... ada apa-apa perkhabaran

aziz: ada tuanku.. seorang saudagar telah meminta tuanku utk merasmikan pembukaan kandang harimau nya... .

ahmad nisfu: cut... . pembukan kandang harimau.. skali rimau ngap... mampus kau... pembukaan ladang limaunya.. bodoh bahlul...

aziz: ada tuanku.. seorang saudagar telah meminta tuanku utk merasmikan pembukaan ladang limaunya... .

ramlee: bagus.. memanda menteri.. bagus.. jikalau begitu.. sebelum subuh beta sampai... .

ahmad nisfu: cut... sebelum subuh buat apa... orang belum bangun tidur... selepas subuh... bodoh...

ramlee: bagus.. memanda menteri.. bagus.. jikalau begitu.. selepas subuh beta sampai... . datuk perdana menteri boleh beredar..

aziz: ampun tuanku...

ramlee: wahai datuk ahli nujum maram kerapu kepunden maram sekeper... . malam td beta bermimpi... seketul tahi lembu telah jatuh melekap di muka beta... apa maknanya...

sudin: ampun tuanku.. mengikut amalan patik.. tuanku akan ditimpa bahaya...

ramlee: tidak.. tidak.. hanya sipi.. sipi... . jatuh ke bahu beta..

sudin: ooh sipi.. itu bermakna tuanku akan ditimpa demam malaria tapioka...

ramlee: ooohh bukan sipi.. beta ketis.. pelepap... atas muka tn director ahmad nisfu...

sudin: itu maknanya tuan director nak mampus... .

dialog dari cerita seniman bujang lapok
(lebih kurang arr... x ingt btol..)


9) Harukichi

dialog aziz sattar dalam pendekar bujang lapok waktu kena baling batu..

Ajis: Pakcik..tengok dorang baling batu

Pendekar mustar: Kenapa ngko tak elak

Ajis: Ilmu elak pakcik belom ajar


walaupun rupa mu tidak ku kenal.. tetapi lobang hidungmu tatap menjadi pujaan hatiku.. cut!!!


10) Intan

Ahmad Nisfu:Action

Ramlee: (Diam)

Ahmad Nisfu: Cakap!! Cakap!!!(Bisik)

Ramlee: Apa?

Ahmad Nisfu:Cakap!!! Urgghh!!! Cakap... !!!! Ekk!!(Tunjuk Lidah)

Ramlee: (Menjelir) Wekkk!!

Ahmad Nisfu: Eiiiigghh!!! (Angkat Kerusi nk baling) CUT CUT!!
kenapa ko tak cakap bahlol!

Ramlee: Tuan suruh saya action... ..tuan x suruh saya cakap

Ahmad Nisfu : (Geram)Errghh!!!!!... .lain kali kalau aku cakap action... .
kene cakap!

Ramlee : OOOo itu macam ka?

Ahmad Nisfu : Bahlol!

______________________________

Ajis : Oh adindaku yang cantik jelita... ..hidung mu mancung bagai
seludang... .rambut mu!!!! rambut mu... .apa da... ..(buka
mata)... .ohh rambut mu hitam jambul didepan... ... berbaju
bunga beseluar yankee... berkaki ayam... ..oh adindaku yang
cantik jelita

Ahmad Nisfu: eh? apa kau bikin dialog sendiri ya?!!!

Ajis: Ai... .Siapa itu di sana hah? ohh... .kanda tahu siapa itu,
itulah perompak yang mahu merompak adinda dari tangan
kekanda

Ahmad Nisfu: Apa Kau bilang aku perompak? aku director
ahmad nisfu!!

Ajis: AAAAAHHHH!!!! hei! kau jangan cuba menyamar sebagai
director... ... ... ..walau pun rupamu tidak ku kenal... ..tetapi
lobang hidungmu tatap menjadi poooojaaa'an hatiku !!!!

Ahmad Nisfu: CUTT !!!! CUTTT!!!!!!!!!!


11) Xray

BAPAK MARAAAAH... TAK AIH BAPAK XMARAH..DANCING LA SAMPAI PG... HAHAA 25 PERCENT... DLM 3 ABDUL


12) Cja

eniiiiiiiiiiii... .angkat kain hujan~~~~ jemuran dh nak turunnnnn~~~


13)

ajis : jolok motor ye bang.....


14)

nujum pak belalang

sudin :1 untuk kau,1 untuk aku,2 untuk kau,2 untuk aku,3 untuk kau,3 untuk aku,lepas 3 berapa?
ajis :hentam sajalah,
sudin :hentam sahajalah untuk kau,hentam sahajalah untuk aku,lepas hentam sahajalah,
ajis : bedallah
sudin : bedallah untuk kau,bedallah untuk aku,
ajis :hey dalam dunia mana ada huruf bedallah daa,
sudin :hey dalam dunia mana ada huruf bedallah daa untuk kau, hey dalam dunia mana ada huruf bedallah daa untuk aku,
ajis : hey apa daa,
sudin : hey apa daa utk kau,hey apa daa utk aku,
ajis :hehehe ,
sudin : hehehe utk kau, hehehe utk aku,
ajis :hey kau nak mampus yer,
sudin : hey kau nak mampus yer utk kau,hey kau nak mampus utk aku,
ajis :kepala hotak kau
sudin : kepala hotak kau utk kau, kepala hotak utk aku
ajis : aku bagi karang
sudin : aku bagi karang utk kau,aku bagi karang utk kau
ajis : eeeeeeei
sudin : eeeeeei utk kau,eeeeeeei utk aku


15) Aza

patuuuuttlaaa... .ekzoz besi... aa kenapa tak diganti dengan buluh aje... "

"nak kasi tak bunyi pun boley... ."

"ini commpresen diee la tinggi.."


16)

jebon tu nenek kau..

eh..nenek aku che embun..

atuk kau?

atuk aku james bond...


17) Velvet

dalam satu scene filem seniman bujang lapok

babak ketika aziz sattar sedang berlakon(test screen)..selepas mengucapkan dialog kepada ahmad nisfu, die pon amik tempat..

aziz: tuan kasila saya satu pompuan... saya tak ble berlakon kalau takde pompuan tuan

nisfu: pompuan??..tak payah... aaarr umar... umar(salah seorang krew) bole jadi perempuan..

test screen bermula..

nisfu: action..

aziz: wahai adinda ku yang cantik rupawan..hidungmu cantik bagai seludang..rambut mu... errr..errr..(stat terlupa... die pon tgk kat umar)... rambut hitam berjambul di hadapan..berbaju bunga bersluar yankee..berkaki ayam..ohh adinda ku yg... sudikah dinda menjadi isteri beta..

nisfu: apa kau bikin dialog sendiri!!

aziz: eeii!! siapa kao aaa!!uhh... dia lah perompak yg ingin merrampas adinda dari tangan kekandeee...

nisfu: apa!!kao bilang aku perompak!!aku tuan director ahmad nisfu!!

aziz: aaarrgghh!!..tak usah kao cubak ingin menyamar jadi tuan director ahmad nisfu..walaopon rupamu tidak ku kenal... .TATTAPI LOBANG IDONG MU TATTAP MENJADI POOOOJAAN HATI QUUU...

nisfu: ... . CUTT!!!CUTT!!


18) Doremi

KIRA UNTUNG KAU KAWIN DGN AKU BOLEH MAKAN HATI. TU ORG SEBELAH TU, ARI-ARI MAKAN TULANG BUAT SUP