Pages

Tuesday, September 29, 2009

Ado gapo gak dgan Twitter??mari kita baca..be uptodate people..

Salam ...hehe..ramai jugok ore mari bertanya kenapa saya menggunakan aplikasi twitter untuk update facebook,update blog,berhubung dengan sahabat-sahabat yang berada di luar negara dengan cepat dan ringkas..dengan hanya menggunakan sistem pesanan sms untuk terus berhubung..like nokia branding... "connecting people"...jadinya saya nak ajak beramai ramai sahabat saya..org yang membaca post blog kali nie untuk menggunakan aplikasi fleksible dan free ini...bila da orang tanya kita twitter tu gapo?mako bleyla kita menjawabnya atau memberi tahu tentang akaun kita yang da ada kat twitter tue..nati bley org follow..every mende yang kita buat org akan tahu bila kita update trough sms...

Arakiannya, barangsiapa yang berminat untuk menyertai komuniti twitter bley la follow saya di... http://twitter.com/azuhanfauzi12.... pastu sign up dulu...bila u da follow i...i akan follow u...banayak menda yang kita bley share bersama...tambah2 dalam bab ilmu...insyAllah...den kalu nak activekan melalui sms...bley la p kat facebook saya...

Twitter sememangnya merupakan perkhidmatan microblogging yang amat poular. Konsepnya mudah, anda menulis “tweets”, update pendek yang mencapai maksimum 140 karekter untuk menunjukkan apa yang anda ingin kongsikan/luahkan. Walaupun secara teknikalnya tweets sepatutnya digunakan untuk menjawab dan bertanya soalan, potensinya telah besar daripada itu. Kini tweets juga boleh digunakan untuk berkongsi cerita, link kepada koleksi gambar anda, promosi blog, berita terkini dan banyak lagi. Berikut merupakan teknik yang boleh anda praktikkan melalui twitter bag tujuan kempen pemasaran anda:

Berkongsi link menarik

Apabila anda membaca sesuatu yang menarik perhatian anda, gunakan twitter untuk anda berkongsi dengan follower anda. Twitter merupakan cara yang paling efektif untuk anda menyebarkan dan beriteraksi dalam kelompok yang ramai. Anda juga boleh mencari idea utntuk dipos di blog anda.

Bina Komuniti Anda

Twitter juga merupakan cara yang bagus untuk anda membina komuniti anda. Ini kerana twitter membolehkan anda mencari dan mengikut individu yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Ada boeh menggunakan steeple untuk mencari mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan anda.

Eratkan Perhubungan Antara Komuniti Anda

Mereka yang berada dalam kelompok komuniti yang berlainan selalu menggunakan twitter untuk berhubung dengan kenalan mereka segera.

Menerbitkan Kembali Artikel Daripada Blog / Website Anda

Anda boleh menggunakan twitter untuk ini. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati kerana besar kemungkinan ada di antara follower anda sudah membaca pos di blog anda. Oleh kerana itu anda tidak digalakkan untuk menggunakan plug-in yang men ‘tweet’ pos di blog anda secara automatik. Cara yang paling baik ialah anda customize sendiri setiap tweet untuk entri di blog anda. Bagaimanapun cara ini mungkin mengambil sedikit masa anda. Jadi pilihan di tangan anda.

No comments: